Monday, 21 December 2015

THE REBEL HONEYMOON 11/10/2015-17/10/2015 SABAH- KUNDASANG & KOTA KINABALU

HAHAHAHAHAHHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHHAHAHHAHHAHAHA!

Akhirnya tercapai impian yang sekian lamany, first time naik flight first time jalan jauh sgt first time honeymoon and most of my very first time moment in my life! Mula Mr. Firdaus merungut juga sebab tempoh honeymoon lama and takut bosan, last2 dia sendiri yang tak nak balek. Dia plak nak lanjutkan sampai sebulan (harapannnn jla...). Kami bertolak pada 7.30 pagi dan sampai pada 10.30 pagi melalui penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS) ekonomi seat dalam rage RM 580+. Untuk makluman pembaca sekalian sy berasa sangat dihargai walaupun ambil seat biasa tapi layanan dari pramugari dan pramugara MAS sangat terbaik dan mereka juga ada sediakan kemudahan tandas, seat yang selesa, entertainment, music, latest movie dan comfort meal mengikut timing flight. Kami dihidangkan pilihan breakfast meal seperti egg sausage, nasi lemak, fresh orange, apple dan kekacang. Makan yang mereka sediakan sangat mengenyangkan tapi sebelum naik flight sy dah makan skit untuk alas perut sebab takut perut kosong mungkin akan merajuk dan meragam yla xbiasa naik flightkannnn.


Akhirnya kami selamat mendarat dengan selamat, memang kecut perut time nak naik tu rase macam roller coaster darat tapi mcm naik bonggol yang tak capai ke darat! Bole bayang kan tak?? hahha...Langgar awan dan melalui hujan lebat pown bit seram jgak sebab pesawat tu bergegar memang baca doa sangatlahkan...Fuh! Lupakan hal tu mari focus ke destinasi pertama iaitu di kundasang! Yeaayyyyyy, memang sangat sejuk disana, lagi sejuk daripada cameron, banyak tempat yang boleh dilawati disini sepertin strawberry farm, desa cattle, hot poring, kota kinabalu mountain, fish spa sungai moroli dan banyak lagi.
J. Resident ranau kundasang tempat penginapan first kami 
Curam sangat jalan masuk ke residence ni so kne jalan kaki takut kereta viva xbole pick up hihiii
Bilik dia memang superb dan pemandangan sangat cantik dan sejuk total RM 270 untuk 3 hari
Kinabalu mount di area cottage ny tak naik pown gunung sebab tupenattttt...so ambik gambar je!
Tak pasti gunung apa tapisangat cantik pemandanganny dan sejukkkkkk

Perjalanan dalam 30 minit ke Sabah Tea Garden! Very nice place dan bau ladang teh yang fresh tapi suhu panasss  sjuk huhu
Dapat cuti dapat jalan cmnilah mukany....theheheheh
Perjalanan dalam 10 minit ke Tagal Moroli fish spa (with fee charges RM 5)

Perjalanan selama 15 minit. (Fee charges xingat...maaf ya) Poring Hot Spring !!!! Berendam air panas lerrr kite...kikiki
Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dan bersih. Ada paip air sejuk dan panas
Tengok muka dia.....husband sape lah ni
Ada ruangan rehat, tempat teduh dengan seat, kedai makanan, tandas dan salin baju.
Kolam air panas mendidih. (bukan untuk mandi OKAYYY)
dia pown nak join juga bergambar tu

Ni total persekitaran hot spring spa.
Kem sinar jaya PLKN (Husband request nak melawat ke tmpt latihan dulu kala) so bg dia tenang ikutkan jla..
Nasib dibenarkan masuk oleh pak guard melawat kejap jerrr.
Sukany beliau.....muka puas hati!
Perjalanan ke desa cattle ambil masa 15 minit sebab jalan xrata 
Tadaa sampai sudah! (Fee RM 5)
Gallery dan penjualan susu proses dar desa cattle! Susu rasa macam goodday tp kurang manis. I LOIKEEE!

Proses storage susu dan ruangan santai di desa cattle
Hello workers desa cattle! See susu yang sedang diproses

Kedai makan dan survinior (Hot dog, waffle, susu lembu, susu kambing, gelato, key chain, t-shirt, poskod...byk lg)
Lupa nak ambil gmbr susu lembu n makanan yg ade...susu kambing ade! hehe
Ladang desa cattle....cantikkkkk!!!! mcm new zealand!
So ke kota kinabalu lah kite! perjalanan 1 jam 50 minit...Melawat muzium sabah dlu (fee charges)
Di depan entrance Muzium sabah! Dalam xbole ambik gmbr sbb ade unsur mistik.
Ke Nasi ayam singapore! 
Tanjung Aru (Fee charges)
Ruangan Menunggu Jeselton Point
To Sapi then manukan island. Total RM 110 per person (Yellow Jacket and snorkling)
Pemandangan pulau sapi. Sangat cantikkkk!
Snorkling time theeeehehe
Air yang sangat jernih bole nampak ikan tau! suka sangat
Then sampai ke pulau manukan air ny dah xbrape best...so berendam kejap je then cau.
Husband nk merasa restoren fancy akhirny dia menangis sebab pasar malan sinsuran lg murah hargany 50% oii bezany.
Port view seafood semuany fresh2 belaka tapi sy sgt syorkan makan di pasar sinsuran yg lagi super murah dan fresh juga cuma suasana meriah.
Juadah kami di prt view. Udang galah laut kicap, ketam butter dan tiram cheese. Taste like totally chinese food, soo telan jla.
Durian bukit di kundasang, peramkan bile mkan rase soo creamy kurang rasa durian ny. Butter taste!
Jalan sekitar tanjung aru ke bandaraya kota kinabalu.
Bandar raya KK sangat dekat dengan pasar sinsuran, filippine dan juga kraf tangan. (5 minit dari promenade apartment)
Grill fish di grace point. Masakan yang semua cukup rasa dan sedap!
Taste: Pari bakar (4 rate) kerabu mangga (4.5 rate), sup ikan (4 rate), pucuk paku udang (3.5 rate)
Makan lagi.....fuh!!!! To pasar  sinsuran yg superb best!
Boleh pilih deretan kedai...tawar harga dan makan3!
Lobster of course! dan juga ketam..lupa ambik gmbr  range RM180...nangis makan sebab fresh dan sedap sgt.
Sedihhh dah nak balek esok, ade orang tu pown mula2 merungut skrg dia menyebut tak nak balek....haha


Esokny ke beli keropok, cenderahati, dan ikan masin....beli3!





Sarapan sebelum bertolak ke KL.

Sedap giler roti canai ni, ranggup dan sangat lembut. Gerai  sign IKAN BAKAR di bandaraya KK
Ikan bakar uji rashic RM 3 total lauk RM 5. Rumpai bulat tu rasa makin mcam jelly ranggup.



Warghhhhh 1.50 pm babai sabahan.......
Nak pergi lagiiiiiiiii. ok sekian TATA!
Total cost RM 4000 (penginapan 7 hari+makan+cenderahati untuk 30 org+minyak+other chargess fee)

P/S: xpuas holiday lagi! grrrr rawr3

Monday, 19 October 2015

Kos Perbelanjaan Majlis Nikah dan Sanding 2015 (19 Oct 2015)

Semua maklumkan majlis sekarang memerlukan kos yang besar jika mahu ikut trend dan lengkap? Tapi xsemua setuju dengan pendapat ini kerana masing2 ada kemampuan dalam merancang bajet perbelanjaan untuk majlis. Bagi anak2 muda sudah tentu mereka mahu yang sejimat mungkin atau lebih  afdal cara Islam ajar dalam besederhana dan menjaga adab ketika majlis. Pandangan sebegini sering mendapat tentangan dari orang tua (ibu bapa, atau keluarga)....adapun begitu perlulah berterus terang dan berbincang supaya capai muafakat kerana tanpa berkat keluarga mungkin pasangan akan hadapi masalah kelak. Kalo tak mampu minta family payung/sponsor kerana kehendak mereka yg berjela tu semamangny memeningkan kepala bakal mempelai yg kurang bajetny untuk mengadakan majlis, dan mohon juga pihak keluarga untuk bertimbang rasa dan jangan membebankan pihak yg tidak bersalah. Semua nk seronok so harus saling tolong menolong dan kongsi ongkos supa majlis capai target! Jadi usahalah sebaik mungkin untuk majlis yang baik ini, cerita sy pula kali ni kikiki~ Biasalah darah muda sememangny nak yg simple sj tp bila campur orang tua jadi mix up lah skit asalkan mengekalkan tema pilihan sy iaitu nikah modern dan sanding tradisional! Bahagian door gift, Baju Family barang hiasan pengantin dan katering memang sy serah bulat2 dekat family dan mengikut bajet parents. Pelamin, hantaran, make up, keperluan, hiasan dan barang hantaran pengantin atas bajet sy sendiri. Selagi mampu gunalah bajet sendri ya sebab sememangny dapat jimat jika pandai D.I.Y!

Pelamin+Make up 1+Make up 2+Aksesori +Bantal Nikah+Karaoke DJ+Tepak Renjis+Bunga Telur Full set+Baju nikah (Tempah baru)+ Baju Sanding Songket (Sewa) = RM 3450

Sewa Dewan Teratai Maktab Penjara Kajang+Meja Kerusi Beralas+Meja Door Gift+Meja Pengantin Siap Hias+Kipas  Aircond Pengantin+Kipas Angin= RM 3000

Katering Majlis Nikah Surau-  (2k)+ Majlis Sanding Dewan (20k)  = RM 22000

Hiasan hantaran+ Kad Kawen+Banner+Barang hantaran+Barang Keperluan Pengantin+ Facial Spa +Cadar Pengantin+Photographer (4event)= RM 8000

Door Gift= RM 8000

Baju Family+Tempahan Bahulu+Kos Remeh +Masak tambahan= RM 37 000

TOTALNYA RM 81450.00

* Ini adalah kos kasar kalau mahu ikut trend dan family. Mohon hadam (MENANGIS)






Material Baju Nikah +Baju Family- Jakel Jalan Tar (https://www.facebook.com/GedungTekstilJakel?fref=ts
Sewa Dewan Teratai Maktab Penjara Kajang-(https://www.facebook.com/MAKTAB-PENJARA-MALAYSIA-112877998752630/)

Selamat Majlis Sanding ke-2 (4 Oct 2015)


Selamat sudah majlis sanding yang ke-2, dengar cerita ada lagi majlis sanding ke-3? Jeng3~

P/S: Yes or no?

Friday, 2 October 2015

Rawatan kecantikan muka dan spa

Sesiapa yg nk buat facial n spa treatment terbaik dan beli produk kecantikan yg menggunakn ramuan asli dan produk kecantikan luar/ dalam yg original di area cheras, alam damai, desa baiduri, btho, kajang n area2 berdekatan sy amat syorkn carilah perkhidmatan di sini iaitu The Face & Spa Beauty Shop!!! Kepada sesiapa yang ingin cuba atau baru nak cuba saya sangat suggestkan gunakan servis kak mas yang sangat berkesan dan yang paling penting jauh dari sebarang bahan-bahan yang membahayakn kulit. Jangan merisikokan kulit anda semata nak cantik cepat better guna yang ramuan asli tradisional yang berkesan! Dari rawatan muka spa sehingga penjagaan kulit badan luar/ dalam saya beli dari dia. Sukaaaa sangatttttttt TQ kak Mas!


No. Tel/ Whatsapp : 013-2576447 (Kak mas)

Monday, 28 September 2015

Selamat bernikah 190915 dan bersanding sudah 200915 (29 Sept 2015)



Alhamdulillah segalanya selesai sudah, realiti dalam keadaan yang seperti mimpi akhirnya tiba. Masih bingung dengan status diri yang sudah bergelar isteri tak sempat berfikir kerana aktiviti harian totaly change! Dari terperuk di rumah dalam bilik hari ni keluar selesaikan banyak hal. Really need full husband support! Bagusny kami buat kerja rumah sama2...dear wife2 sekalian, should demand help from your husband dan latih untuk dia urusan rumahtangga baru function! Nanti dah ada anak lg lah bertambah kje so harus  kerjasama as husband and wife okay. Tips paling penting harus ada schedule dan pelan kerja rumah yg harus diselesaikan...huhu sekiannnn!

Wednesday, 19 August 2015

Prosedur Kahwin di Selangor 2015 (Julai 2015)

Permudahankan urusan kami Ya Allah
Pening okayyy nak settle kan hal ni, but I try to guide simplest way for those yang nak mendirikan rumahtangga tu. Especially untuk Selangor people who want to get married in Selangor area.

1) Pasangan perlu pergi Kursus dapatkan sijil kursus kahwin dengan menghadiri kursus kahwin make sure yang berdaftar under JAWI dan JAIS. (Prefer to JAIS so korg bole tau detail kerana prosedur Selangor berbeza dengan Negeri-Negeri lain)- Sijil Kursus Kahwin sah sampai mati

2)  Daftar berasingan diri (perempuan Borang 2C) anda dan pasangan (lelaki Borang 2A) di NCR Selangor Website. Make sure isi tiap dot merah * di borang 2C supaya bole print out untuk buat ujian HIV. Selepas tu borang 2D akan automatik keluar lepas borang 2C diisi lengkap, saya suggest better ambil jiran atau kawan terdekat kerana mereka mudah dicari dan senang untuk sign as saksi di depan PPN nanti. Borang 2D tu xperlu dibawa semasa HIV, tapi kalau nk bawa pown boleh. Jika ada perubahan pown bole diubah/edit juga Borang 2C dan 2D ,TAPIIIIIIIIIII sebelum berjumpa dengan PPN. So xbole suka hati yer nak ubah selepas sudah ada sign dan pengesahan PPN.

3) Setelah isi borang dan print out borang tersebut, baru bole pergi ke klinik kesihatan atau hospital (kerajaan saja). Better pergi awal so senang nak dapat nombor giliran awal ! Dekat situ nurse akan bagi y'all borang dan kene isi borang hiv so follow instruction nurse. - Surat penegsahan HIV sah selama 6 bulan

4) Mesti diselesaikan 3 bulan sebelum tarikh Nikah OKAYY. Nak dapatkan 2 saksi untuk sign depan Penolong Pendaftar Nikah (PPN). Set date nak jumpa PPN ni agak rumit sebab mereka sentiasa busy. Make sure borang lelaki lengkap terlebih dahulu semua borang dan sign 2 orang saksi depan Penolong Pendaftar Nikah (PPN), PPN akan beri pengesahan setiap dokumen sokongan dan kemudian hantar ke Pejabat Agama (Daerah pemastautin/tempat tinggal lelaki). Surat kebenaran kahwin lelaki proses dalam masa 1 hari, so keesokan hariny baru lelaki boleh collect Surat kebenaran kahwin lelaki .

6) Set date nak jumpa PPN ni agak rumit sebab mereka sentiasa busy so pepandai awk kne slalu contact utk set date. Kemudian barulah perempuan bole sign 2 saksi depan PPN, Surat kebenaran lelaki berkahwin compile sekali dengan dokumen sokongan lelaki perlu dibawa sekali dengan dokumen sokongan perempuan. Borang mestilah lengkap baru bole sign 2 saksi depan PPN. Kemudian PPN pula akan sign dan beri cop kebenaran semakan borang lengkap! YEAYYYYY! Prosedur ni memang rumit tapi ada kebaikan untuk kemudian hari lebih2 lg untuk pihak perempuan.


7) Kemudian segala borang pengesahan ini perlu diselesaikan oleh perempuan dan dibawa ke pejabat agama daerah untuk dapat borang lengkap yg terakhir iaitu Borang 3C iaitu Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Perempuan). Pergi ke kaunter pertanyaan dan reception akan check borang anda dan akan arahkan anda ke kaunter pembayaran untuk proses borang tersebut, caj dikenakan sebanyak RM 10.00.- Borang 3C sah 3 bulan dari tarikh nikah

8) Setelah selesai prosedur anda akan diberi Borang 3C yang telah dikepilkan sekali Borang 2C, Dokumen sokongan Lelaki dan perempuan 2D, 2A , borang lafaz taklik, dan surat salinan nikah sementara. So dah bole tenang sikit jiwa tu kerana proses tersebut telah selesai. Borang itu juga perlu dibawa dan diisi depan PPN pada hari penikahan.

Sekian saja dari saya, sedikit pengalam yang bole dikongsi kepada mereka yang ingin bernikah di selangor. Semoga urusan semuany dipermudahankan di dunia dan akhirat.