Thursday, 9 October 2014

1/10/2014- Find The Risik and Engagement Ring at Kuala Pilah

Terbang-terbang bj happy dapat cincin..heww hew
Way to go !!!

Hari tersebut saya bersama keluarga si dia pergi membeli cincin risik dan tunang di Kuala Pilah. Untuk pengetahuan pembaca blog saya ni, nak sharing sikit idea yang bole save cost untuk cari cincin murah ni....Harga emas di Kuala Pilah amat berbeza berbanding dengan tempat lain...Contohnya di KL harga RM 155, Kuala Pilah hanya RM 122 (pada tarikh hari yang sy pergi tu). Anda juga boleh check harga emas harian di Kuala Pilah tru Facebook, nanti saya bagi link yer...Memang sakan lah pergi dekat sana nak beli emas kan....yang emak2 ny pown naik seyh skali tengok emas..Memang dijangkakan harga emas tahun 2014 ni menurun dan pada tahun 2015 harga mungkin naik ekoran gst dan keadaan pasaran antarabangsa. Jadi beli lah emas untuk tahun ni untuk pelaburan yang bijak, dalam islam pown galak kn kita buat pelaburan emas contoh macam dinar emas. Antara kedai yang tebaik tawaran dan pekerja yang ramah ialah cheah poh dan lee wah..kawasan terletak di pekan Kuala Pilah .Harga pown still bole tawar dan mintak kurang lagi tau....Saya beli 2 cincin total RM 830. Tapi semua ni ikut code emas jgak yer dan gram emas tu....999 emas tulen (mahal), 916 emas campuran yang lembut dan sng calar tapi warna cantik, 750 emas banyak campuran tapi warna lebih kuning dan keras. Ok sekian untuk entry seterusnya...tata y'all



No comments:

Post a Comment