Wednesday, 17 December 2014

Penjaga hati sendiri

Harus aku memohon maaf
Disaat mereka mencalar maruah aku?
Sudah sebati hinaan dan cacian itu
Mereka sudah terbiasa menggunakan aku
kelebihan mereka kelemahanku

Mungkin maaf itu ikhlas
Jika aku lihat mereka terseksa nanti
Ya, itu pasti saat aku memaafkan
Ada air mata yg pedih akan mengalir
Akan bertambah luka si tuli

Relakan segala yang terpaksa
Tetap diconteng arang ke muka
Yang buta dan masih tak mngerti makna sayang
Tidak diterima kerana aku manusia
Terlalu biasa bagi aku
Pada mereka aku terlaku purba
Begitu tak layak aku hidup di sisi mereka

Tetap benar di mata kasar
Sila benarkan segalanya
Itu sudah menjadi makanan aku
Puaskan hati mereka dengan pengakuan dan tingkah buruk aku
Jangan dekati aku lagi, aku sudah benarkan segala fitnah

Aku tidak akan berganjak
Berubah tidak
Penentang diam abadi
Segala keburukan, hinaan, jahatnya
Itu aku.

No comments:

Post a Comment