Wednesday, 26 November 2014

Nasi lemak Wanjo 4 rated !!! (Berdekatan dengan nasi lemak antarabangsa kg.baru KL)


Nasib tempat kerja dengan dengan Kg.Baru KL! Syurga makanan mak oiiii....Inilah nasi lemak Wanjo yg popular di sekitar Kuala Lumpur ini. Kedainya pown berdekatan dengan Nasi Lemak Antarabangsa so sangat senang nak cari. Range harga dari RM 2.00 and above. Lauknya macam-macam ayam sambal, ayam goreng, telur goreng, sambal sotong, sambal paru, limpa, sambal kerang dan banyak lagi. Menari-nari perut makan nasi lemak ini, tekstur nasi nya berderai dan tidak terlalu lemak dan wangi sebab bungkus dengan daun pandan. Sambal yang sedap tidak terlalu pedas dan mild, mereka guna cili gilis so xdla nmpk biji cili kering byk sangat, kalo usus sensitif agak bhye. Tapi Wanjo ni mementingkan kesihatan sebab nasi lemak adalah menu yang sangat popular rakyat malaysia. Makan hari-hari pown okayyyyy! Saya pilih lauk sambal sotong dengan ayam goreng, ignore tempe tu sebab sy tambah sendri...kikiki! So check it out dan marilah cuba nasi lemak wanjo..lagi sedap daripada nasi lemak antarabangsa!!! (*u*)

22/11/2014 - Majlis Bertunang Saya

Hari yang dinanti sudah tiba, maka bermula persiapan rapi sebelum majlis tunang bermula. Saya sudah listkan servis dan perkhidmatan yang terpilih untuk majlis saya bukan? Maka lihatlah persembahan mereka pada hari pertunangan saya.

Make up & whole face body treatment by kak mas
My bestie as informal photographer & video recorder





Overall saya majlis berjalan lancar dan terima kasih pada Allat SWT Yang Maha Satu, pada keluarga yang terlibat, semua tetamu yang hadir, kepada sahabat di sekolah, uitm dan dll yang sudi hadir untuk melepaskan rindu setelah sekian lamanya xbertemu Terima kasih banyak-banyak! Segala kekurangan dan ketidaksempurnaan adalah daripada saya dan ingin memohon maaf sekiranya layanan saya pada tetamu tidak sempurna. Ok, sekian terima kasih!

Monday, 24 November 2014

AKU GENERASI PATAH HATI


Diam
difitnah bertubi-tubi
saat membela tetap tampak salah
aku tak gentar

Enak
mencemuh dan mencaci
saat senyum manis melihat 
aku dah lali
 
Pendam
terlalu lama bersepi
ibarat bom jangka sampai saat
aku tetap pertahankan

Mati
akan tuntut segalanya
tuduhan fitnah penghinaan
aku bersaksi kan pentas akhirat

Maafkan aku Tuhan doa buruk dipinta.


P/S: Diam ada waktunya, bela pada saatnya.

Tuesday, 11 November 2014

Johnny's Steamboat Restaurent !!! (4.5 rated satisfaction)

Choosen Menu !!!
3 rated Kue teau Sup at jonnhy's forgot the name
4.5 rated  kerabu mango- super sedap
3.5 rated Chicken Wing (Bit dry and sweet but taste good)
4 rated BBQ Rice- Nice one!
4 rated -Can choose 1 flavor (suka hati mix with my sis)

Cheers! Hello entry kali ni is about Johnny's Restaurent iaitu makanan berasaskan steamboat dan resepi daripada Thai. I'm telling y'all di sini menghidangkan makanan yang sangat sedap dan harga yang berpatutan dengan cita rasa saya. This is my personal opinion okay as food reviewer in segment entry tastebud, saya xsure pendapat lain sebab lain orang lain pendapat...kann??? Saya nak suggest untuk jimat better choose makanan yang ade set sebab include harga makanan, tomyam, air dan ais krim tau! Harga starting RM12+- RM20+...Maaf yer saya tak sempat nk ambil gambar menu. Kalau steamboat pown sama juga dan bole tambah other side dish dan charges akan dikenakan untuk menu tambahan...Bagi saya, hidangan nasi dan steamboat yang paling sedaplah berbanding dengan mee dll...Chicken BBQ rice memang sedap! taste bbq bit mild spicy dan sweet dengan hidang sos pedas memang ummmpphh! So got 4 rated!  Untuk kue teaw sup saya suggest kan untuk orang yang berdiet, rase pown biasa saja but still complete taste just like bihun celup with tauge , but not fit with my taste...so saya bagi 3 rated! Kerabu mango was one of my favorite side dish, complete with seafood sauce, lime, bit cuka, kacang gorang , kacang gajus, fresh young mango & others. Memang fresh start as pembuka selera! Saya juga ambil menu tambahan iaitu 3 pcs chicken wings, taste good bit kering dan less sweet not too heavy with fat taste. Lastly, desert....boleh suggest nk mkn dulu or lepas makan heavy meal tauuu....Memang super creamy tapi saya pilih coklat dan kakak saya pilih strawberry. Sebelum ni kami ada pilih yam tapi rasanya kurengs dan bit pelik mcm makan minyak kelapa dan rasa yam or keladi nya kurang sgt. Sedap tau! Saya nak cakap lagi sekali (macam radio rosak) pilih menu set okayyy kalo xnk rugi makanlah menu berasaskan nasi sebab memang puas hati!....2 menu set (nasi/mee/bihun/kue teaw)+ air (rasa mcm agar2 dan pandan)+ ice cream+mangkuk kecik tomyam), side dish 3 pcs chicken wing dan manggo the total is not more than RM 50!!!! So please try and taste it....Muahhhxxx !

P/S: Johnny's Restaurent Website 
http://www.johnnyrestaurant.com/

Wednesday, 5 November 2014

Preparation untuk majlis doa selamat dan bertunang

Sampai juga masa yang ditunggu, walaupun bukan majlis besar disebabkan ketelitian keluarga saya menjadikan keadaan sedikit rumit. Yelah mama nya ecited sebab dah berpuluh tahun tak buat majlis tunang dan kahwin. So saya jadi pemecah tradisi setelah sekian lama dan seolah pupus majlis tu dalam keluarga belah mama. Saya hari bekerja memang focus dkat pejabat dan rumah saja, ada masa terluang saya survey tru facebook je nak cari servis dan tanya dengan kenalan untuk cari perkhidmatan, kalau nk keluarnya payah sebab masih di control oleh mama. Nasib badan lah jadi puteri gunugng ledang ni, bole dikatakan tiap hari dan ada masa terluang sy pm fb je memana servis yang sedia kan perkhimatan katering, photographer, make up, pelamin dan etc. Area yang saya pilih berdekatan dengan rumah saya ,KL dan Cheras Selangor je so mudah disamping bole cut cost skit. Baju tunang sy mama dah beli dulu...Hai hentam sajalah, saya cari dan buat tempahan tudung cuma lace sy jahit sendiri (hantam sajalah nak asal jadi) nk save budget punya pasal. Hantaran pown saya, kembar sy dan kakak yg buat. So pape yang selagi saya bole buat akan saya usaha sendiri dan sebolehnya tak nak susahkan keluarga...Anggaran kasar untuk majlis ni RM13k, disebabkan harga barang yang meningkat dan demand, memang mama agak pening tapi dah niat nk sedekah redha jla. hehe...so sy list kan cost yang include dalam majlis tunang saya dan servis yang terlibat untuk menjayakan majlis saya...

                               Katering- Mirazy Catering                   RM 7150
                                      Pelamin- Stazurin                                  RM 400
                                      Goodies Bag                                           RM 600 (nilai 3 & Checkers)
       Hantaran, Alatan, & Hiasan- Beli & Hias sendiri            RM 1000 (nilai 3& Pasaraya murah)
                   Photographer- Firdaus Adam Photography         RM 3300 (pakej 4 events terus!)
                                      Baju                                                        RM 180 (bj whosale bj ke majlis)
                   Tudung- Nuzha Fashion+ lace jahit sendiri          RM 65+ RM 14 (kedai reben)
                                       Kasut ? - Pakai jla yang ada!              RM 0
                     Facial muka & body/ +make up- kak mas          RM 196 +150

So macam mana tunang zaman sekarang? Itu ikut kehendak emak2nya...Tapi bagi sy buatlah ikut kemampuan yer jangan ikut kemampusan....Masa nk nikah dan kawen lain pulak ceritanya... Stay tune y'all untuk majlis akan datang, saya pown sudah siap sedia nk peningkan diri saya lg....Bwah ni sy sediakan link servis yang saya pilih untuk majlis tunang sy....sekian, tata!

P/S: List berkenaan
- kak mas spa 013 257 6447


Luahan Anak

Secebis kemampuan saya dan along untuk mama
Brownies walnut SR (Taste riview: 3 rating)
 Saya seorang anak yang tidak sempurna, tidak akan pernah mampu beri segalanya untuk membalas segala jasa mama dan tak termampu untuk abah juga dunia akhirat. Selagi termampu saya akan usaha kan namun tak sempurna seperti yang kamu inginkan. Saya sebagai hadiah dan amanah daripada Allah SWT mohon perhatian, kasih sayang, penghargaan dan pengertian. Kerjaya, perih hidup dan peluh keringat untuk menyara keluarga supaya lebih terjamin, saya faham keadaan itu. Tapi dunia bukanlah segalanya dan tidak kekal. Apa yang saya mohonkan bukan memerlukan kos tapi hidup sebagai manusia. Ketahuilah mama, saya sampai bila-bila pown tak akan menjadi sempurna. Berilah saya ruang untuk membuat kesilapan biar saya sendiri yang baiki dan sedar realiti hidup ini. Mungkin kerjaya dan masa yang menjarakkan hubungan kita untuk selami hati dan hidup masing-masing. Penghargaan kamu amat saya dahagakan selama ni, mungkin saya tidak lama lagi sudah bertukar naungan dan tanggungjawab. Tukarlah pandangan negatif saya terhadap hidup ini, saya tidak sekuat yang kamu sangka namun saya diamkan dalam hati yang sedang tenat ni. Apa yang ada dalam fikiran dan jiwa saya pendamkan untuk menjaga hati dan maruah hidup demi kebahagian semua pihak. Tapi dari suatu sudut saya amat berharap mama dan mereka semua yang di sekeliling saya memandang saya dari hati yang penuh dengan perasaan belas.
.

P/S: Saya yang diam tak terkata mohon pengertian hati

Sunday, 2 November 2014

BUKIT TINGGI/ BERJAYA HILLS (PAHANG)

Pintu Masuk ke Berjaya Hills (Bukit Tinggi)



Di hadapan Gerbang masuk ke Comblar...emmm, ok muka awkward (Angin sejuk tapi suhu panas)
View dari tingkat 3 Menara Hujung Comblar
Yeayyyy, kami berjaya naik liffff :B

Touchdown Japanese Village (SEMPOTTTT)
Suasana Interior Japanese
Haluuu.....Sabtu lepas kami ke Berjaya Hills atau dikenali sebagai Bukit Tinggi !!! Lama juga kami merancang nak ke sini puas lah survey by blog walking...Macam best 2x! So akhirnya kami decide ke sini untuk merasai dan menikmati suasana pemandangan di Bukit Tinggi. Jalan agak bengkang-bengkok pening jugaklah tapi nasib baik xlama sgt dalam 20 minit Insyallah sampai. Charges yang dikenakan untuk dewasa RM 12/seorang sahaja. Macam tol juga lepas tu bebas berjalan sekitar tempat ni ada Comblar, Japanese Village, Organic Farm, Flying Fox, Wall Climbing dan banyak lagi...Bagi yang suka trekking aktiviti tempat ni sangat sesuai,  bole jalan kami sampai penat okayyyy, xlarat bole drive atau ade mini bus station tapi kena tunggu. Disarankan jangan pakai kasut bertumit tinggi atau terlalu leper yer....Kaki anda akan sakit sebab banyak berjalan je...Beberapa tempat macam Taman Haiwan ada dikenakan caj masuk...Tapi kami tak masuk ke sana sebab kami kurang sihat takut melarat plak terbawa kuman2 haiwan kat situ...So kami tengok sign board jla....

Kami jalan ke comblar sekitar kawasan sangat menarik, walapun panas tapi saya abaikan sebab terpegun tengok pemandangan....Jalan saja tak jauh pown sampai hujung ada menara 3 Tingkat dan di situ bole ambil gambar pemandangan sekitar comblar, sempat kami cuba 6D View motion macam movie tapi dengan pergerakan sekali, 2 jenis xsalah salah hantu dengan adventure Harga RM 15/ seorang. Agak menarik tapi make sure jangan perut penuh, sakit tulang, jantung atau penyakit serious yang lain yer sebab macam roller coaster pergerakannya....Lepas tu keluar dari comblar kami ambik gambar dekat pintu masuk untuk kenangan. Masa tu nk dekat tengah hari so mmg terasa bahang panasnya...Cabottt!

 Lepas tu terus heading ke Japanese Village, semputt noqqq jalan ke sana jalan mendaki tangga dan bukit. Masa tu cuaca nak hujan so kami tak berlengah masa dan menikmati dalam masa yang tidak terlalu lama dalam sejam macam tu...Suasana sejuk sebab dikelilingi hutan dan sepanjang nak mendaki Japanese Village tu suasana landskap Jepun yang sangat cantik dan nyaman...Ada Japanese tea dan Sewa Kimono tapi kami xcukup ongkosnya. Dekat sini tiada strawberry, chocolate dan xbanyak makanan sangat. Saya cadangkan untuk save bajet sebelum sampai ke Bukit Tinggi ni better beli makanan  atau bekalan dekat luar sebab harga barang mahallll....Tempat tak berapa luas  mungkin lebih kepada sesuai untuk honeymoon dan family yang sangat suka bermalasan sebab tak banyak tempat berjalan. Tak ramai yang ke sini so selesa dan xcrowded boleh dengar suasana hutan. Jangan pakai baju tebal yer sebab anda akan berpeluh akibat kepanasan, suhu kat sini panass walaupun angin bayu nyer dingin dan terasa sejuk, mungkin bukit ni xberapa nak tinggi sangat berbanding dengan Genting Highlands dan Cameron Highlands yang masih terasa sejukkkknya...So check it out gambar yang sempat encik abg ni ambil...Sekiannn!

P/S: Bukit Tinggi or Berjaya Hills, Pahang.