Sunday 2 November 2014

BUKIT TINGGI/ BERJAYA HILLS (PAHANG)

Pintu Masuk ke Berjaya Hills (Bukit Tinggi)



Di hadapan Gerbang masuk ke Comblar...emmm, ok muka awkward (Angin sejuk tapi suhu panas)
View dari tingkat 3 Menara Hujung Comblar
Yeayyyy, kami berjaya naik liffff :B

Touchdown Japanese Village (SEMPOTTTT)
Suasana Interior Japanese
Haluuu.....Sabtu lepas kami ke Berjaya Hills atau dikenali sebagai Bukit Tinggi !!! Lama juga kami merancang nak ke sini puas lah survey by blog walking...Macam best 2x! So akhirnya kami decide ke sini untuk merasai dan menikmati suasana pemandangan di Bukit Tinggi. Jalan agak bengkang-bengkok pening jugaklah tapi nasib baik xlama sgt dalam 20 minit Insyallah sampai. Charges yang dikenakan untuk dewasa RM 12/seorang sahaja. Macam tol juga lepas tu bebas berjalan sekitar tempat ni ada Comblar, Japanese Village, Organic Farm, Flying Fox, Wall Climbing dan banyak lagi...Bagi yang suka trekking aktiviti tempat ni sangat sesuai,  bole jalan kami sampai penat okayyyy, xlarat bole drive atau ade mini bus station tapi kena tunggu. Disarankan jangan pakai kasut bertumit tinggi atau terlalu leper yer....Kaki anda akan sakit sebab banyak berjalan je...Beberapa tempat macam Taman Haiwan ada dikenakan caj masuk...Tapi kami tak masuk ke sana sebab kami kurang sihat takut melarat plak terbawa kuman2 haiwan kat situ...So kami tengok sign board jla....

Kami jalan ke comblar sekitar kawasan sangat menarik, walapun panas tapi saya abaikan sebab terpegun tengok pemandangan....Jalan saja tak jauh pown sampai hujung ada menara 3 Tingkat dan di situ bole ambil gambar pemandangan sekitar comblar, sempat kami cuba 6D View motion macam movie tapi dengan pergerakan sekali, 2 jenis xsalah salah hantu dengan adventure Harga RM 15/ seorang. Agak menarik tapi make sure jangan perut penuh, sakit tulang, jantung atau penyakit serious yang lain yer sebab macam roller coaster pergerakannya....Lepas tu keluar dari comblar kami ambik gambar dekat pintu masuk untuk kenangan. Masa tu nk dekat tengah hari so mmg terasa bahang panasnya...Cabottt!

 Lepas tu terus heading ke Japanese Village, semputt noqqq jalan ke sana jalan mendaki tangga dan bukit. Masa tu cuaca nak hujan so kami tak berlengah masa dan menikmati dalam masa yang tidak terlalu lama dalam sejam macam tu...Suasana sejuk sebab dikelilingi hutan dan sepanjang nak mendaki Japanese Village tu suasana landskap Jepun yang sangat cantik dan nyaman...Ada Japanese tea dan Sewa Kimono tapi kami xcukup ongkosnya. Dekat sini tiada strawberry, chocolate dan xbanyak makanan sangat. Saya cadangkan untuk save bajet sebelum sampai ke Bukit Tinggi ni better beli makanan  atau bekalan dekat luar sebab harga barang mahallll....Tempat tak berapa luas  mungkin lebih kepada sesuai untuk honeymoon dan family yang sangat suka bermalasan sebab tak banyak tempat berjalan. Tak ramai yang ke sini so selesa dan xcrowded boleh dengar suasana hutan. Jangan pakai baju tebal yer sebab anda akan berpeluh akibat kepanasan, suhu kat sini panass walaupun angin bayu nyer dingin dan terasa sejuk, mungkin bukit ni xberapa nak tinggi sangat berbanding dengan Genting Highlands dan Cameron Highlands yang masih terasa sejukkkknya...So check it out gambar yang sempat encik abg ni ambil...Sekiannn!

P/S: Bukit Tinggi or Berjaya Hills, Pahang.

No comments:

Post a Comment